Shuib di tukarakn ke wad biasa bila keadaanya makin stabil. Dia memperolehi tenaga melalui memberian susu yang di salurkan terus melalui tiub ke perutnya. Setiap tiga jam harus di beri susu umpama bayi di susui. Hari pertama keluar dari CICU, Ros mengambil cuti untuk menemai Shuib tanpa sekejap pun meninggalkan dia sendirian. Tiap apa yang di ingini tidak di penuhi oleh Ros dan dia sentiasa menjaga si suami dengan penuh sabar dan kasih sayang. Bibirnya tidak putus-putus berdzikir untuk si suami. Doanya tidak pernah putus agar si suami sembuh seperti sedia kala. Adik beradik dan kawan-kawan serta sanak saudara tidak putus-putus menziarahi Shuib. Jam menunjukkan pukul 4pagi, Shuib masih gelisah di katil memang sejak akhir-akhir ini dia tidak pernah nyenyak tidur, sentiasa bertanyakan pada Ros bila beliau boleh menjamah makanan semula kerana dia berasa lapar.